3 Tips Beli Air Cond
Apabila ingin memasang air cond untuk rumah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti yang berikut:
- Keluasan ruang
- Inverter vs Non-Inverter
- Energy rating
Walaupun harga yang murah mungkin memainkan peranan penting sewaktu membeli aircond, anda mungkin terpaksa membayar bil yang melambung-lambung tinggi kerana tersilap beli penghawa dingin.
Sila rujuk penerangan lanjut di bawah.
FAKTOR PERTAMA : Keluasan ruang
Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berapa besar “horsepower” atau singkatannya HP air cond yang perlu dibeli.
Secara umumnya, air cond dijual dalam varian 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP.
Lagi besar HP, lagi mahal harganya – namun lebih berbaloi membeli air cond dengan HP lebih besar sekiranya ruangan yang ingin disejukkan adalah besar seperti di ruang tamu.
Di sinilah anda perlu mengetahui seberapa besarkah ruangan yang ingin disejukkan.
Sekiranya anda memakai penghawa dingin dengan HP yang rendah, air cond anda terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruangan tersebut dan perkara ini akan menyebabkan bil elektrik anda melambunng tinggi!
Sekiranya ingin mendapatkan cadangan berapa HP air cond yang anda patut beli, boleh gunakan kalkulator yang disediakan di laman Daikin ini https://www.daikin.com.my/heat-calculator/
FAKTOR KEDUA: Inverter vs Non-Inverter
Tips tips beli air cond yang kedua adalah memilih air cond yang mempunyai inverter sekiranya anda mampu.
Kebiasaannya penjual akan bertanyakan sama ada anda perlukan air cond inverter atau non-inverter?
Secara umumnya, air cond jenis inverter lebih jimat tenaga berbanding non-inverter.
Namun, harganya sedikit mahal berbanding non-inverter.
Tapi, kos awal yang lebih besar ini cukup berbaloi sekiranya anda menggunakan penghawa dingin secara kerap hampir setiap hari untuk tempoh masa yang panjang – contohnya pada waktu malam sehingga pagi ketika masa tidur anda.
Sekiranya anda mampu, sentiasa pilih yang jenis inverter.
FAKTOR KETIGA : Energy rating
Kebiasaannya apabila anda membeli apa-apa perkakasan atau barangan elektrik, anda boleh lihat terdapat pelekat Energy rating yang biasanya diletakkan dengan logo bintang.
Lagi banyak bintang, lagi efektiflah penggunaan tenaga oleh alatan elektrik tersebut.
Kebiasaannya, air cond yang daripada jenis inverter mempunyai Energy rating yang lebih baik.
Sifir mudahnya, lebih tinggi Energy rating lebih jimat penggunaan tenaga elektrik.
Diharapkan selepas anda membaca tips beli air cond ini, anda dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membeli air cond untuk dipasang di rumah anda.