Monday, December 2, 2024

Rupanya salah beli ‘aircond’ punca bil elektrik tinggi! Ini cara kira ‘horsepower’ sesuai ikut keluasan ruang, boleh jimat tenaga 50 peratus



 RAMAI yang merungut apabila bil eletrik tetap melambung tinggi meskipun perkakas elektrik seperti penyaman udara yang digunakan mempunyai rating bintang penggunaan tenaga paling cekap.

Bagi anda yang masih mencari-cari kaedah sesuai untuk mengurangkan kos utiliti, cubalah teknik yang dikongsikan Hairul Nizam di laman Facebook ini.

Menariknya, dia berjaya jimat sehingga 50 peratus penggunaan tenaga selepas mengamalkan tip tersebut.

Malah katanya, ia berdasarkan tip daripada pakar elektrikal MAH Bayu Engineering yang disiarkan di YouTube.

Ini langkah yang dilakukannya.

1. Guna mod cool

Tetapkan alat kawalan jauh pada mod penyejukan (cool) dan suhu 25 darjah selsius ke atas.

Sememangnya mereka yang menggunakan suhu 28 darjah selsius akan mengalami penjimatan kerana kompresor hanya bekerja sedikit.

2. Pastikan saiz ruang dan HP bersesuaian

Saiz ruang dan horsepower (HP) memainkan peranan penting dalam penggunaan penyaman udara.

Sekiranya HP kecil tapi ruang kediaman luas dan besar, maka kompresor penyaman udara perlu bekerja keras untuk menyejukkan kawasan tersebut.

Itulah sebabnya bil elektrik anda terus meningkat.

3. Kira dulu HP aircond sebelum beli

Ramai yang membeli penyaman udara kerana terpengaruh dengan tawaran promoter serta diskaun hebat sesuatu jenama.

Pembelian tanpa ilmu ini menyebabkan anda mengalami kerugian di kemudian hari.

Oleh itu, elakkan daripada membuat kesilapan kecil itu dan mulalah mengira keperluan HP aircond yang diperlukan.

Formula kiraan untuk kesesuaian HP adalah lebar (meter) x panjang (meter) x 70.

1HP sesuai digunakan untuk ruang di bawah 1,000 dan jika lebih daripada itu, anda perlu menggunakan 1.5HP.

Bagi keluasan melebihi 1,500 pula sesuai dengan 2HP.

Contoh kiraan, 4 meter x 4 meter x 70= 1,120, bermakna anda perlu pakai 1.5HP.


No comments:

Post a Comment

Tips Beli Air Cond – Antara Harga, HP dan Inverter / Non-Inverter

  Ketahui tips beli air cond terlebih dahulu sebelum anda membeli air cond untuk rumah anda bagi mengelakkan anda terpaksa membayar bil yang...